Sunday, 1 May 2011

Menjelajah Eropah dengan EuroVac 2011

Konsep pelancongan menggunakan motorhome mungkin masih baru di kalangan rakyat Malaysia, namun pengembaraan jalan darat (road trip) dengan menaiki kenderaan rekreasi (RV) ini sebenarnya begitu popular di negara-negara barat.

Tidak perlu lagi menggunakan pengangkutan udara untuk merentasi sesebuah negara atau benua, kini dengan adanya motorhome, pengembaraan menjelajah dari satu negara ke negara yang lain menjanjikan pengalaman lebih menyeronokkan dan meninggalkan kesan mendalam buat mereka yang mengikuti sendiri trip tersebut.

Motorhome

Soal penginapan sudah tidak perlu dirisaukan, apatah lagi soal pengangkutan dan keselamatan. Motorhome menyediakan kemudahan lengkap seperti tempat tidur, dapur, tandas dan ruang rehat serta kemudahan elektrik sepanjang masa.

Pengembaraan menjadi lebih selesa dengan kemudahan pemandu untuk setiap motorhome selain soal jadual dan aturcara yang sudah disediakan pihak penganjur. Malah bahan mentah yang segar turut disediakan supaya peserta tidak perlu ke luar dari kabin untuk mencari makanan.

Bahagian dalam motorhome

Projek EuroVac 2011 anjuran syarikat pelancongan bumiputera, Narsqo Holidays Sdn. Bhd. dengan kerjasama syarikat Lite and Easy Vacation menawarkan peluang jelajah dengan Motorhome ke tujuh buah negara di Eropah bermula dari Jerman, Switzerland, Itali, Perancis, United Kingdom, Belgium dan Belanda selama 10 hari kepada rakyat Malaysia khususnya kepada mereka yang memang memasang impian untuk menakluk benua Eropah dalam masa yang singkat.

Setiap motorhome yang menempatkan sebanyak lima orang peserta akan menempuh perjalanan sejauh kira-kira 2,000 kilometer dengan pemanduan tidak melebihi 300 kilometer setiap hari.

Antara lokasi persinggahan sepanjang pengembaraan itu termasuk Menara Eiffel, Bandar Paris, Arc de Triomphe, Disneyland Paris, Selat Inggeris, Kota London, Jambatan London, Stadium Emirates dan Amsterdam.

Peta perjalanan Projek EuroVac 2011

Antara Laluan yang dijangka menarik perhatian setiap peserta adalah di Switzerland yang menyajikan pengalaman perkhemahan dengan berlatar belakangkan pemandangan kawasan pergunungan yang menakjubkan.

Pengembaraan pertama yang akan berlepas bermula 25 April hingga 5 Mei nanti ditawarkan pada harga RM13,500 termasuk tiket penerbangan, tambang feri menyeberangi Selat Inggeris, tambang masuk ke Disneyland dan banyak lagi tempat menarik.

Harga yang ditawarkan dikira berpatutan dan sangat menjimatkan berbanding dengan pakej-pakej pelancongan di Eropah yang adakalanya melibatkan sesebuah negara sahaja dan kebanyakan kos dihabiskan untuk bayaran pengangkutan dari satu destinasi ke satu destinasi.

EuroVac 2011 pasti akan merelisasikan impian anda untuk menjelajah Eropah dan menjanjikan pengalaman yang berbeza kerana berpeluang menyaksikan sendiri perbezaan peradaban dan tamadun dari sebuah negara ke negara lain.

Jika anda berminat, sila klik link di bawah untuk mengetahui keterangan lanjut dan membuat tempahan.

8 comments:

  1. lepas ni ko kena bawa kitorang ke sana plak... ;)

    ReplyDelete
  2. Hmmm teringin giler nak buat camtu...harap2 satu hari nanti akan terlaksana heheh.

    ReplyDelete
  3. ini kan yang kalian ceritakan kemarin? hehe...

    ReplyDelete
  4. Dulu pernah tgk dalam filem2 omputih jer. Memang dari dulu teringin mengembara macam ni.

    ReplyDelete
  5. janggel,
    kalau nak pergi, ajak la kitorang eh... ;)

    indra,
    ya ya... kamu mahu join? ;)

    oasis,
    yup... best kan dapat travel ikut road trip mcm ni.. apa lagi, beli la pakej ni... ;)

    ReplyDelete
  6. Nampak best program Euro 2011 ni, tapi bajet dahsyat tu..

    ReplyDelete
  7. wowww..nak kena kumpul duit lah macam ni..sangat best lah!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...