Friday, 17 June 2011

Aktiviti hujung minggu dengan bajet bawah RM100

Di sini kami ingin mencadangkan beberapa aktiviti yang boleh dibuat pada hujung minggu terutama kepada mereka yang tinggal di Lembah Klang dengan kos kurang dari RM100.

1)
Menunggang ATV di Kemensah

Menunggang ATV antara aktiviti mencabar dan menyeronokkan

Bagi yang meminati aktiviti lasak, anda boleh mencuba ATV di Kampung Kemensah, Hulu Klang, Kuala Lumpur (berdekatan dengan Zoo Negara).

Terdapat beberapa pakej disediakan, tetapi hanya ada dua pakej sahaja yang di bawah RM100.
  • Pekej A: RM50 - Menunggang selama setengah jam di kawasan pusat latihan mereka.
  • Pekej B: RM100 - Menunggang selama satu hingga satu setengah jam ke air terjun tujuh tingkat.
Pakej-pakej berikutnya sudah melebihi RM100. Tetapi jika anda ada bajet lebih, takda masalah untuk mengambil pakej-pakej lain.

Untuk tempahan, boleh hubungi Maslin di talian 019-2448544

2)
Beriadah di Bukit Cerakah

Atasi rasa gayat dengan mencuba Skytrex Adventure

Harga tiket masuk ke sini adalah RM3. Ada beberapa aktivit yang kita boleh buat, antaranya:
  • Berbasikal. Bagi mereka yang tiada basikal, boleh sewa di sini. Sejam pertama RM5 dan tambah RM1 bagi jam-jam barikutnya. Bukit Cerakah sangat luas, jadi memang sesuai kalau anda berbasikal untuk menjelajah sekeliling Bukit Cerakah.
  • Paintball. Di sini anda akan berpeluang main paintball dengan suasana 'hutan'. Rasa macam betul-betul berperang. Pakej menarik, RM90 untuk breakfast+lunch+200 pellet+marker+mask+vest. Untuk pakej RM80, tak ada breakfast+lunch. Nak lebih murah, RM25 sahaja, tapi kena bawa marker sendiri.
  • Skytrex adventure adalah aktiviti menempuh halangan di atas udara. Aktiviti ini juga agak mencabar kerana ia akan menguji keberanian anda melawan rasa gayat. Ada tiga pakej: Little Adventure (RM35), Big Thrill (RM45) dan Extreme Challenge (RM50).
Lain-lain aktiviti adalah seperti berjoging, berkhemah, mengunjungi rumah empat musim dan sebagainya.

3) Putrajaya, pusat rekreasi

Taman Cabaran Putrajaya (PCP) menyediakan antara trek terbaik untuk MTB

Antara lokasi yang menjadi tumpuan untuk melakukan aktiviti-aktiviti rekreasi ketika ini adalah Putrajaya. Selain menyediakan landskap yang indah, Putrajaya juga menyediakan pusat latihan bagi mereka yang meminati aktiviti-aktiviti ekstrem.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan:
  • Berbasikal mengelingi Putarajaya. Terdapat banyak trek basikal di sini. Jika hendak mencuba trek off road, anda boleh berkunjung ke Taman Cabaran Putrajaya (PCP). PCP sering dikunjungi peminat-peminat mountain bike (mtb) dan downhill kerana treknya yang mencabar dan menyeronokkan. Tiada apa-apa bayaran dikenakan untuk memasuk trek off road di PCP.
  • Wall climbing. Lokasinya masih di PCP, hanya RM11 untuk bayaran masuk+harness+khidmat belayer.
  • Berkayak. Putrajaya mempunyai tasik yang sangat luas dengan pemandangan sekeliling yang sangat mempersona. Anda boleh mencuba kayak jika sudah penat berbasikal dan memanjat dinding. Di Taman Wetland Putrajaya, anda boleh menyewa kayak single dengan harga RM10 dan kayak double dengan harga RM20.
4) Daypack hiking

Cabaran perlu dilalui ketika memanjat Bukit Tabur

Ada beberapa bukit atau gunung yang kami boleh cadangkan untuk trip daypack (balik hari)
  • Bukit Tabur, Taman Melawati. Bukit ini mempunyai laluan yang agak berbahaya. Tapi anda jangan risau, jika berhati-hati pasti tiada kecelakaan yang akan berlaku. Seeloknya mulalah mendaki pada waktu awal pagi kerana pukul 10 hingga 11 pagi hari sudah mula panas.
  • Bukit Broga dan Gunung Tok Wan, Semenyih. Jika mahu trip yang lebih santai, anda boleh berkunjung ke sini. Dari kaki bukit ke puncak Broga mengambil masa selama lebih kurang 30 minit dan dari puncak Broga ke puncak Tok Wan mengambil masa lebih kurang dua jam.
  • Gunung Datuk, Rembau, Negeri sembilan. Perjalanan dari Kuala Lumpur hanya mengambil masa lebih kurang satu setengah jam. Dari kaki gunung ke puncak mengambil masa lebih kurang dua jam. Treknya yang mencanak (curam) menjadikan perjalanan labih menarik.
Bajet yang dikeluarkan hanya untuk petrol, tol dan makanan.

5) Camping 2 hari 1 malam

Di Lata Hammer, selain berkhemah dan mandi air terjun, anda juga boleh melakukan aktiviti memancing

Ada beberapa lokasi menarik untuk aktiviti perkhemahan bagi trip pendek dua hari satu malam:
  • Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu. RM3 dikenakan kepada setiap seorang untuk satu malam perkhemahan. Tapak perkhemahan di sini memang sangat selesa dan dijamin selamat. Dari tapak perkhemahan ke air terjun mengambil masa selama satu jam.
  • Lata Hammer (Sungai Perting), Bentong, Pahang. Perjalanan dari Lembah Perting ke Lata Hammer (air terjun) mengambil masa 45 minit. Tapak perkhemahan di sini juga agak luas cuma kena berhati-hati supaya tidak mandi di kawasan tengah, pernah ada kes orang lemas beberapa tahun dahulu.
  • Gunung Nuang, Hulu Langat. Pacak khemah di Kem Lolo, dan mulakan perjalanan ke puncak, hanya mengambil masa lebih kurang 4-5 jam. Lepas layan view di puncak, turun semula sebelum menjelang senja.
  • Pantai, Gold Coast, Sepang. Ini bagi perkhemahan santai di tepi pantai. Anda boleh memasang khemah di mana sahaja di sini. Buat campfire pun boleh, tapi janganlah besar sangat!
Bajet hanya untuk petrol, tol dan makanan. Cuba minimumkan perbelanjaan. Pergi ramai-ramai boleh menjimatkan lagi kos.

6 comments:

  1. err mcm bez jee hiking ... nak try la skali :D

    ReplyDelete
  2. mcm bez..btw sy tavelholic juga...da msukkan blog ni dlm bloglist :)

    ReplyDelete
  3. kemang,
    u should try, hiking sgt best!

    wa,
    thanx... semoga terus mengembara ya!

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. blh dpt menenangkan fikiran yang stress

      Delete
  5. Salam akak, ada contact no utk taman cabarn putrajaya tak??

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...